Tuesday, June 28, 2016

MAGASAK IKAN

                                             

  Bertempat di Kampung Sunsuron Tambunan
Seawal Jam 7.00 Pagi, anggota-anggota sudah bergerak ke kawasan yang bakal di RASAK.....



Target mau di RASAK...jeng jeng jeng...SAYANGILAH SUNGAI KITA, untuk pengetahuan tuan puan aktiviti MAGASAK inda mencemarkan atau memusnahkan sungai dan persekitaran sekeliling


Air sungai mengecil jadi bermula la sudah aktiviti MAGASAK..air sungai mengecil disebabkan benteng (tuu yang biru biru)  dibuat untuk mengalirkan air sungai ke arah yang lain, jadi kawasan air yang mengecil atau di panggil NARASAK, ikan  mudah dilihat atau ditangkap


Air sudah NARASAK jadi rombongan rakyat 1Malaysia bole sudah test power...


SIUD antara alat yang digunakan untuk menangkap ikan semasa aktiviti MAGASAK


BUBUH juga antara alat yang dipakai....teori ikan sudah masuk inda bole keluar balik..bijak siapa yang cipta


Kalau campin (hebat) macam diurang pakai tangan pun bole..


Ini mungkin teknik baru, nampak ikan terus ngapppp.....hehe


Kadang-kadang ikan inda habis dituai dalam sehari, jadi sambung lagi besok pagi..jadi sambil tunggu besok pagi kita bole rehat-rehat macam diorang sambil kupi-kupi melayan bintang dan angin malam di tepi sungai......



*maaf gambar ikan,udang,ketam dan lain2 yang ditangkap tidak sempat di snap pada hari kejadian...































































Monday, February 23, 2015

WOW SELF SERVICE LAUNDRY 24 HOUR DI CYBERCITY KEPAYAN

Kepada "mereka-mereka" yang was-was menggunakan khidmat Dobi atau stress mencuci kain di rumah sendiri, boleh lah tukar angin datang bercuci-cuci sendiri di Self Service Laundry 24 Hour yang terletak bersebelahan Restoran Maimunah di Cybercity Apartment Kepayan..


Ada masa-masa tertentu sahaja laundry ini akan penuh tapi tidak lah akan tunggu berjam-jam sebab jumlah mesin yang disediakan mencukupi (bagi pendapat penulis..)



Dan yang paling penting, laundry ini sangat selesa dan bersih..sambil menunggu tu kita boleh makan minum di kadai makan berdekatan...pasal keselamatan pula tidak perlu risau sebab kawasan ini sentiasa dipenuhi dengan "manusia-manusia" dari pagi sampai la ke pagi :)



 Nah, baru-baru datang sudah di tambah kerusi urut...nicee



 Harga? SANGAT BERPATUTAN (bagi pendapat penulis)...boleh tengok gambar dibawah..


Perkhidmatan baik @ nice seperti ini mesti di sebarkan supaya 'mereka-mereka' yang was-was menggunakan khidmat dobi dan stress mencuci di rumah boleh la datang bersenam disini....

Tempat paling meriah waktu petang



















Selamat kembali ke sekolah kepada warga U, setelah sebulan lebih tempat ini sunyi sepi kini meriah kembali..rajin rajin lah bersenam

*ambik gambar pun dikira bersenam juga (buat perut hehe...)

Mari berblogging


Niat untuk belajar menulis entry sudah lama ada, tapi perasaan "*&^y%#" sentiasa jadi penghalang, tapi HARI INI tiba-tiba keinginan untuk buat blog datang lagi...

tujuan ?

* sebagai hobi (harap berterusan, selalu hangat-hangat taik ayam)
* dapat berkongsi dan menambah info-info baru (selalu ketinggalan bah)
* cari kawan-kawan seluruh negara (dunia kalau boleh hehe)
* TUJUAN yang baik-baik (penting ni)

Harap blogger-blogger diluar sana dapat memberikan tunjuk ajar, jangan kutuk nanti moral down hehehe....


Segmen 12 Jam Bloglist #13 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Februari 2015, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #13 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 28 Februari 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Sunday, February 22, 2015

Wow Teddy Bear yang pencuri mesti mahu



MEMILIKI patung beruang atau teddy bear merupakan impian bagi yang menyukai boneka berbulu tebal ini.

Tetapi siapa sangka harga satu patung beruang yang dikeluarkan oleh salah sebuah syarikat pembuat patung ini mampu menyamai harga sebuah kereta mewah?

Dibuat dari syarikat Steiff di Jerman, patung beruang yang berharga mencecah sehingga RM 298,124.24 itu merupakan jenis patung beruang pertama yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut.

Syarikat Steiff yang didakwa sebagai kilang pengeluar patung beruang pertama itu mengeluarkan patung tersebut bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-125.

Menurut sumber dari portal luar negara, patung beruang tersebut diperbuat daripada benang emas, manakala mulut patung itu diperbuat daripada emas tulen.Manakala matanya pula dihias dengan permata.

Menurut syarikat tersebut, patung tersebut dikeluarkan dalam kuantiti yang sedikit berikutan harganya yang terlalu mahal dan tidak ramai mampu membelinya. - Sinar Harian
Buah Tarap @ Timadang
(tq owner pic nih,jangan saman :)....)